Air terjun sungai gabai, hulu langat.
Hye guys,
Lama dah plan nak gi picnic dgn taubat ni, ada lah dalam 3 minggu sebelum tu. Last last 3 Julai ritu baru dapat pergi. Before tu kitorang bebagi lah sapa bawak makanan sapa bawak minuman dan itu dan ini. Hasil perbincangan, akhirnya ain bawak nasi lemak (aku paksa), afza bawak sandwich, pyp bawak air ais sudu dan apa semua. Aku kena bawak yg gegoreng naget sosej apa bendalah semua tu. Gigihla aku bangun pkul 4 pagi mulakan operasi menggoreng apa semua.
Ain dia baru nak masak nasi lemak pagi tu, pastu baru perasan CILI KERING TAKDE. Cemana nak buat sambal?! Mana pulak supermarket bukak pepagi subuh nak gi cari cili kering. Pastu boleh pulak kata nak beli sambal kat tepi jalan , kepala botak dia hahahaha. Dah satu hal pulak nak cari cili kering. Mujur pyp kata kat rumah dia ada cili kering. Pastu ain kata lah nnti dia dtg rumah pyp awal sbb nak masak sambal.
Time dorg kengkabut pasal cili kering tu aku dah selamat pun sampai kat lrt gombak bersama 4 bekas tupperware siap sos dan mayonis. Pastu teruslah pergi rumah pyp. Tak settle lagi kes cili kering, masuk pulak kepada kes tikar. Masing masing takde tikar nak bawak. Aku ada tikar tapinya kat rumah la hm mmg tak la nak patah balik. Conclusion dia nak bawak paper surat khabar je sebagai alas. ( Tak sebenarnya ktorg tak beralas pon sbb kat situ ada meja makan bulat bulat tu).
So tunggu lah si ain dgn afza smpai rumah pyp hm dlm pukul 10lebih jugak. Oh ye kes cili kering tu dah selesai sbb pkul 9 lebih tu mama ain pegi kedai beli dan masakkan. Then ktorg bertolak naik satu kereta je. Singgah 7E beli ais, macam bodoh je keketuk ais kat tar untuk masukkan kat dalam bekas hahahaha sumpah buat malu je. Dia cam tak perasan pulak tindakan kitorang tu mengambil perhatian orang ramai hahahaha.
Memula kitorg rancang nak gi sungai kemensah je dedekat zoo negara. Dah sampai dah pun tapinya tak menarik pun?! dah la sunyi sepi pastu air cetek je mmg paras buku lali je. Then kitorang tukar plan gi air terjun sungai gabai kat hulu langat. Jauh jugak sejam perjalanan. Sepanjang perjalanan tu hari mendung je, risau jugak hujan nnti kat tempat tu. Bila dah sampai alhamdulillah tak hujan pun cuma rintik manja je. Tapi bila keluar kereta je dush hujan lebat. Tersadailah kitorang kat pondok tepi sungai tu. Memakan dulu 15 mins camtu hujan dah reda. So bermandi mandalah kami.
Overall Air terjun sungai gabai kitorang ranked 4star lah. Lagi satu star tu hm sbb tandas dia dhaif sangat hm tapi highly recommended lah untuk family yg nak berpicnic or nak buat family day. Cantik pun cantik. Tapinya kitorang tak berkesempatan pegi kat air terjun sebab ramai gila lelaki. So kami kaum wanita hanyalah ditepi tepian sungai sahajalah. Sekian.

No comments:
Post a Comment
Membawang jom!